Suatu masa dahulu, terdapat sebatang
pohon apel yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar
bermain-main di sekitar pohon apel ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut,
memetik serta memakan apel sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat
lalu terlelap di perdu pohon apel tersebut. Anak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya.
Pohon apel itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak
lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon apel tersebut.
Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon apel tersebut dengan wajah
yang sedih.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon apel itu.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon apel itu.
” Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak
lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.
” Aku mau permainan. Aku perlu uang
untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon apel itu berkata, “Kalau
begitu, petiklah apel-apel yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan uang.
Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kauinginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik
semua apel dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu.
Pohon apel itu merasa sedih.
Masa berlalu…
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia
semakin dewasa. Pohon apel itu merasa gembira.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,”
ajak pohon apel itu.
“Aku tiada waktu untuk bermain. Aku
terpaksa bekerja untuk mendapatkan uang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya anak itu.
” Maafkan aku. Aku tidak mempunyai
rumah. Tetapi kauboleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kaubuatlah
rumah daripadanya.” Pohon apel itu memberikan cadangan.Lalu, remaja yang
semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon apel itu dan pergi dengan
gembiranya. Pohon apel itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih
karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki
datang menemui pohon apel itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah
bermain-main dengan pohon apel itu. Dia telah matang dan dewasa.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,”
ajak pohon apel itu.
” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi
anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku
mempunyai cita-cita untuk berlayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat.
Bolehkah kau menolongku?” Tanya lelaki itu.
” Aku tidak mempunyai boat untuk
diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk
dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon apel itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan
menebang batang pohon apel itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan
gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang
lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon apel itu. Dia adalah anak
lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon ape litu.
” Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa
lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual,
dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada
tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon apel itu dengan nada pilu.
” Aku tidak mahu apelmu kerana aku sudah
tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua
untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat,” jawab lelaki tua itu.
” Jika begitu, istirahatlah di perduku,”
kata pohon apel itu. Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon apel
itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Tahukah kamu. Sebenarnya, pohon apel yang dimaksudkan
didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bilakita masih muda, kita
suka bermain dengan mereka.
Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayani ibu bapa mereka.
Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon apel itu, tetapi fikirkanlah, ituhakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayani ibu bapa mereka.
Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar